KATA PENGANTAR
Segala puji bagi Allah yang masih
memberikan kesehatan dan kesempatannya kepada kita semua, terutama kepada
penulis. Sehingga penulis dapat menyelesaikan masalah ini.
Berikut ini, penulis persembahkan
sebuah makalah yang berjudul “STRATEGI DAKWAH RASULULLOH DI MADINAH”. Penulis
mengharapkan makalah ini dapat bermanfaat bagi pembaca semua, terutama bagi
penulis sendiri.
Kepada pembaca yang budiman, jika
terdapat kekurangan atau kekeliruan dalam makalah ini, penulis mohon maaf,
karna penulis sendiri dalam tahap belajar.
Dengan demikian, tak lupa penulis
ucapkan terimakasih, kepada para pembaca. Semoga Allah memberkahi makalah ini
sehingga benar-benar bermanfaat.
Kadungora, Mei 2012
Penulis
DAFTAR PUSTAKA
KATA PENGANTAR ........................................................................................... i
DAFTAR ISI.......................................................................................................... ii
BAB I PENDAHULUAN................................................................................. 1
A.
Latar belakang.................................................................................. 1
B.
Rumusan masalah............................................................................. 1
BAB II STRATEGI DAKWAH RASULULLOH DI MADINAH.................. 2
A.
Pembinaan Masjid..................................................................... ...... 2
B.
Mengukuhkan Persaudaraan..................................................... ...... 2
C.
Pembentukan Piagam Madinah................................................ ...... 3
D.
Strategi Ketenteraan................................................................. ...... 3
E.
Pemberian Cop Mohor.............................................................. ...... 4
F.
Hubungan Luar......................................................................... ...... 5
BAB III PENUTUP.............................................................................................. 6
A.
Kesimpulan...................................................................................... 6
B.
Saran................................................................................................ 6
DAFTAR PUSTAKA ........................................................................................... 7
BAB I
PENDAHULUAN
A.
Latar Belakang
Kisah
perjalanan Rasulullah tidak akan pernah usang. Ia bisa menjadi rujukan dari
berbagai permasalahan yang kita hadapi hari ini. Kisah Rasulullah mengajarkan
kita betapa beratnya amanah yang beliau pikul dan beratnya keputusan- keputusan
yang harus beliau berikan untuk beberapa perkara. Keputusan yang menyangkut hak
hidup orang banyak yang jika saja beliau salah dalam memberikan kepuutusan maka
akan banyaklah permasalahan yang timbul. Rasulullah dengan ilmu dan kedekatan
yang luarbiasa terhadap Rabb, Allah azza wa jalla, memiliki kecerdasan akal dan
kejernihan hati untuk berpikir dalam setiap keputusan yang beliau ambil.
Kebijakan-
kebijakan yang di awal sempat membuat hati orang- orang di sekitarnya gusar,
namun Rasulullah dengan optimis menjalankan apa yang dia seharusnya dia lakukan
seperti yang diarahkan oleh Allah. Sebut saja misalnya kisah Isra’ Mi’raj. Saat
sekeliling merasa itu satu yang tidak wajar, bahkan sebagian beranggapan itu
bahwa beliau sudah tidak waras dengan ide gila itu. Namun Rasulullah dengan
keyakinan yang amat sangat terus melanjutkan apa yang diperintahkan oleh
Allah.
B.
Rumusan Masalah
1.
Apakah karunia dan keistimewaan tersendiri bagi
Nabi saw.
2.
Memberikan penambahan kekuatan iman keyakinan
beliau sebagai rasul
3.
Menjadi ujian bagi kaum muslimin sendiri.
BAB II
STRATEGI DAKWAH DI MADINAH
Beberapa strategi dirangka khusus setibanya
Rasulullah s.a.w di Madinah. Semua strategi berpandukan kepada arahan dan
tindakan Rasulullah s.a.w serta pengiktirafan baginda terhadap ide-ide daripada
para sahabat baginda.
A.
Pembinaan Masjid
Masjid merupakan institusi dakwah pertama yang
dibina oleh Rasulullah s.a.w setibanya baginda di Madinah. Ia menjadi nadi
pergerakan Islam yang menghubungkan manusia dengan Penciptanya serta manusia
sesama manusia. Masjid menjadi lambang akidah umat Islam atas keyakinan tauhid
mereka kepada Allah s.w.t.
Pembinaan masjid dimulakan dengan membersihkan
persekitaran kawasan yang dikenali sebagai ‘mirbad’ dan meratakannya sebelum
menggali lubang untuk diletakkan batu-batu sebagai asas binaan. Malah,
Rasulullah s.a.w sendiri yang meletakkan batu-batu tersebut. Batu-batu itu
kemudiannya disimen dengan tanah liat sehingga menjadi binaan konkrit.
Masjid pertama ini dibina dalam keadaan
kekurangan tetapi penuh dengan jiwa ketaqwaan kaum muslimin di kalangan
muhajirin dan ansar. Di dalamnya, dibina sebuah mimbar untuk Rasulullah s.a.w
menyampaikan khutbah dan wahyu daripada Allah. Terdapat ruang muamalah yang
dipanggil ‘sirda’untuk pergerakan kaum muslimin melakukan aktiviti kemasyarakatan.[2]
Pembinaan masjid ini mengukuhkan lagi dakwah baginda bagi menyebarkan risalah
wahyu kepada kaum muslimin serta menjadi pusat perbincangan di kalangan
Rasulullah s.a.w dan para sahabat tentang masalah ummah.
B.
Mengukuhkan Persaudaraan
Rasulullah SAW mengeratkan hubungan di antara
Muhajirin dan Ansar sebagai platform mempersatukan persaudaraan di dalam Islam.
Jalinan ini diasaskan kepada kesatuan cinta kepada Allah serta pegangan akidah
tauhid yang sama. Persaudaraan ini membuktikan kekuatan kaum muslimin melalui
pengorbanan yang besar sesama mereka tanpa mengira pangkat, bangsa dan harta.
Selain itu, ia turut memadamkan api persengketaan di kalangan suku kaum Aus dan
Khajraz.
C.
Pembentukan Piagam Madinah
Madinah sebagai sebuah Negara yang menghimpunkan
masyarakat Islam dan Yahudi daripada pelbagai bangsa memerlukan kepada satu
perlembagaan khusus yang menjaga kepentingan semua pihak. Justeru, Rasulullah
s.a.w telah menyediakan sebuah piagam yang dikenali sebagai Piagam Madinah bagi
membentuk sebuah masyarakat di bawah naungan Islam.
Piagam ini mengandungi 32 fasal yang menyentuh
segenap aspek kehidupan termasuk akidah, akhlak, kebajikan, undang-undang,
kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain. Di dalamnya juga terkandung aspek khusus
yang mesti dipatuhi oleh kaum Muslimin seperti tidak mensyirikkan Allah,
tolong-menolong sesama mukmin, bertaqwa dan lain-lain. Selain itu, bagi kaum
bukan Islam, mereka mestilah berkelakuan baik bagi melayakkan mereka dilindungi
oleh kerajaan Islam Madinah serta membayar cukai.
Piagam ini mestilah dipatuhi oleh semua
penduduk Madinah sama ada Islam atau bukan Islam. Strategi ini telah menjadikan
Madinah sebagai model Negara Islam yang adil, membangun serta digeruni oleh
musuh-musuh Islam.
D.
Strategi Ketenteraan
Peperangan merupakan strategi dakwah Rasulullah
di Madinah untuk melebarkan perjuangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Strategi
ketenteraan Rasulullah s.a.w digeruni oleh pihak lawan khususnya puak musyrikin
di Mekah dan Negara-negara lain. Antara tindakan strategik baginda menghadapi
peperangan ialah persiapan sebelum berlakunya peperangan seperti pengitipan dan
maklumat musuh. Ini berlaku dalam peperangan Badar, Rasulullah s.a.w telah
mengutuskan pasukan berani mati seperti Ali bin Abi Talib, Saad Ibnu Waqqash
dan Zubair Ibn Awwam bagi mendapatkan maklumat sulit musuh.[4] Maklumat penting
musuh memudahkan pasukan tentera Islam bersiap-sedia menghadapi mereka di medan
perang.
RasUlullah s.a.w turut membacakan ayat-ayat
al-Quran bagi menggerunkan hati-hati musuh serta menguatkan jiwa kaum Muslimin.
Antara firman Allah Taala bermaksud:
“Dan ingatlah ketika Allah menjajikan kepadamu
bahawa salah satu dari dua golongan yang kamu hadapi adalah untukmu, sedang
kamu menginginkan bahawa yang tidak mempunyai kekuatan senjatalah yang untukmy,
dan Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan
memusnahkan orang-orang kafir.” (Surah al-Anfal: 7)
Rasulullah s.a.w turut mengambil pandangan
daripada para sahabat baginda dalam merangka strategi peperangan. Sebagai
contoh, dalam peperangan Badar, baginda bersetuju dengan cadangan Hubab
mengenai tempat pertempuran. Hubab mencadangkan agar baginda menduduki tempat
di tepi air yang paling dekat dengan musuh agar air boleh diperolehi dengan
mudah untuk tentera Islam dan haiwan tunggangan mereka. Dalam perang Khandak,
Rasulullah s.a.w bersetuju dengan pandangan Salman al-Farisi yang berketurunan
Parsi berkenaan pembinaan benteng. Strategi ini membantu pasukan tentera Islam
berjaya dalam semua peperangan dengan pihak musuh.
E.
Pemberian Cop Mohor
Rasulullah s.a.w mengutuskan surat dan watikah
kepada kerajaan – kerajaan luar seperti kerajaan Rom dan Parsi bagi
mengembangkan risalah dakwah. Semua surat dan watikah diletakkan cop yang
tertulis kalimah la ila ha illahlah wa ana Rasullah[5] Tujuannya adalah untuk
menjelaskan kedudukan Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah dan Nabi di akhir
zaman. Dalam watikahnya, baginda turut menyeru agar mereka menyembah Allah dan
bersama-sama berjuang untuk Islam sebagai agama yang diiktiraf oleh Allah.
Kebanyakan watikah baginda diterima baik oleh kerajaan-kerajaan luar.
Contoh
surat Nabi kepada Raja Parsi : Nabi mengutuskan Abdullah bin Huzaifah bin Saham
yang membawa surat kepada Kaisar Humuz, Raja Parsi yang bunyinya sebagai
berikut :
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang dari Nabi Muhammad Rasulullah kepada Kaisar penguasa Parsi. Semoga
sejahtera kepada sesiapa sahaja yang mengikut pimpinan Allah dan beriman
kepadaNya dan rasulNya dan bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah yang Esa tidak
ada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba dan rasulNya.
“Saya mengajak anda dengan ajakan Allah kepada
umat manusia dan untuk memperingatkan manusia yang masih hidup, bahawa siksaan
akan ditimpakan atas orang-orang kafir. Masuklah Islam dan hendaklah
menerimanya. Jika anda menolaknya, maka berdosalah bagi penyembah api.”
F.
Hubungan Luar
Hubungan luar merupakan orientasi penting bagi
melabarkan sayap dakwah. Ini terbukti melalui tindakan Rasulullah s.a.w
menghantar para dutanya ke negara-negara luar bagi menjalinkan hubungan baik
berteraskan dakwah tauhid kepada Allah. Negara-negara itu termasuklah Mesir,
Iraq, Parsi dan Cina. Sejarah turut merakamkan bahawa Saad Ibn Waqqas pernah
berdakwah ke negeri Cina sekitar tahun 600 hijrah. Sejak itu, Islam bertebaran
di negeri Cina sehingga kini. Antara para sahabat yang menjadi duta Rasulullah
ialah Dukyah Kalibi kepada kaisar Rom, Abdullah bin Huzaifah kepada kaisar
Hurmuz, Raja Parsi, Jaafar bin Abu Talib kepada Raja Habsyah.
Strategi hubungan luar ini diteruskan pada
pemerintahan khalifah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh,
pasukan Salehuddin al-Ayubi di bawah pemerintahan Bani Uthmaniah telah berjaya
menawan kota suci umat Islam di Baitul Maqdis. Penjajahan dan penerokaan ke
Negara-negara luar merupakan strategi dakwah paling berkesan di seluruh dunia
BAB
III
PENUTUP
A.
Kesimpulan
Dakwah adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan
memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah SWT sesuai dengan garis
aqidah, syari’at dan akhlak Islam. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW ini
terjadi pada 12 Rabi`ul Awwal tahun pertama Hijrah, yang bertepatan dengan 28
Juni 621 Masehi. Hijrah adalah sebuah peristiwa pindahnya Nabi Muhammad Saw
dari Mekkah ke Madinah atas perintah Allah, untuk memperluas wilayah penyebaran
Islam dan demi kemajuan Islam itu sendiri.
B.
Saran
Sudah sepatutnya kita mencontoh perjuangan rosulullah dalam
memperjuangkan agama islam, untuk itu
mari kita perkuat iman kita supaya kita tidak terkontaminasi oleh
pengaruh-pengarus yang akan menyesatkan kita.
DAFTAR
PUSTAKA

Komentar
Posting Komentar